May 22nd, 2017

Anak pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iait Lara Alana boleh dikatakan lebih popular daripada mereka. Lihat sahaja pengikut Lara di Instagram, sudah melebihi 2 juta. Setiap telatah serta gaya fesyen Lara pasti akan mendapat perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, menurut Awal beliau dan isteri tidak pernah memanjakan Lara dengan kemewahan yang berlebihan.

Sebenarnya saya dan Scha tidak pernah manjakan Lara sebaliknya orang lain yang memanjakan dia. Semua pakaian digayakan Lara dalam Insgtam pemberian dan hadiah orang. Saya sendiri tidak pernah membelikan Lara pakaian atau barangan mewah sehingga terpaksa membayar ribuan ringgit kerana pada saya itu satu pembaziran.

Jika ada benda mahal yang kami beli pun seperti basikal atau kereta mainan dan itu pun bukannya kerap. Memang tiada niat kami untuk bermegah kerana bukan itu yang diterapkan dalam diri Lara sebaliknya ia sebagai menghargai pemberian orang, itu sahaja.

Pada masa yang sama, Awal memberitahu mereka tidak mahu terlalu membiasakan Lara hidup dalam kemewahan dan ingin anak perempuannya itu sentiasa merendah diri meskipun mendapat perhatian ramai. Secara tidak langsung, kenyataan Awal ini menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau sering memuat naik foto Lara menggayakan pakaian berjenama dan mewah untuk menunjuk-nunjuk.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...