“Kami Tidak Bercinta..” Terima Cincin Daripada Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

“Kami Tidak Bercinta..” Terima Cincin Daripada Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila Tampil Beri Penjelasan

Pelakon Wan Sharmila yang baru-baru ini telah menerima sebentuk cincin daripada pelakon Syazwan Zulkefli tampil membuat siaran langsung (IG Live) di Instagram miliknya menafikan bahawa mereka berdua kini sedang bercinta.

Menurut Wan Sharmila, dia dan Syazwan tidak pernah menyimpan sebarang perasaan cinta antara satu sama lain kerana mereka sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan sebagai rakan artis.

Advertisement

Namun, pelakon berbakat ini mengambil perkara tersebut dari sudut yang positif.

Hanya sekadar ‘review’ produk, Wan Sharmila tegas menyatakan tiada apa yang istimewa terjalin antara mereka dan hanya selesa berkawan, tidak lebih daripada itu.

“Saya tak kisah kalau peminat suka lihat kami berdua. Saya terima dan bersyukur dengan apa yang jadi selepas gandingan kami dalam drama itu. Saya ambil secara positif dan dapat rezeki lebih besar. Peminat ada letakkan harapan setinggi gunung untuk saya dan Syazwan pun saya tak kisah tapi hanya untuk drama sajalah,”

Dia yang ditemui media pada majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2’ bertempat di The Linc, Kuala Lumpur itu berkata lagi, dia tidak pernah berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan Syazwan dan menganggap lakonan mereka dalam drama tersebut telah memberi kesan kepada penonton di luar sana.

Dalam pada itu, dia juga mengakui belum berjumpa dengan ‘Mr. Right’ namun bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang sesuai dan ikhlas menerima dirinya.

Perkembangan terkini, drama lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly iaitu 7 Hari Mencintaiku dikhabarkan akan bersambung ke musim ketiga pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan!

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...