Sebelum ini, buku yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha telah menerima banyak kecaman yang berkata bukunya tiada unsur keaslian. Terbaru, penerbit kepada buku puisi tersebut tampil dengan kenyataan di media sosial.
Tiada niat buruk
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman X, penerbit buku Tulisan iaitu Nukilan Biruni ini telah memohon maaf terhadap kekecohan yang berlaku setelah seorang individu mengkritik buku tersebut dan tular.
Sebagai penerbit tempatan Malaysia, kami sentiasa berhasrat untuk memupuk persekitaran yang positif dan saling menghormati antara pengarang dan pembaca dalam komuniti buku.
Kami tiada niat buruk. Kami memohon maaf di atas sebarang ketidakselesaan atau salah faham yang mungkin disebabkan oleh tindakan kami.
— Nukilan Biruni (@NukilanBiruni) May 11, 2024
Individu berang tak dibalas
Namun begitu, wanita sama yang mengkritik hasil karya Daiyan ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila penerbit tersebut tidak membalas mesejnya setelah didakwa mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu berkenaan.
Bukan sepatutnya awak beri respon pada saya, selepas cari saya di semua media sosial dan minta saya balas dan ugut untuk ambil tindakan undang-undang daripada permohonan maaf terbuka dan general seperti ini?
Saya sangat marah sebab awak tak boleh buat semua benda tu dan berpura-pura untuk tutup kesalahan awak.
shouldn’t you also send me a response, after chasing me on all my socials, demanding for a prompt reply and threatening me with legal action, instead of posting a blanket apology and general response like this? https://t.co/7JyKj88Zbn
— thia 🐈⬛ (@theiafaayhac) May 11, 2024
Sebelum ini kecoh di laman X apabila Nukilan Biruni meminta individu ini untuk memadam hantarannya mengenai buku Tulisan kerana didakwa melanggar Akta Hak Cipta.