Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Tiada Masalah..” Dua Tahun Tak Bercakap, Hafreez Adam Terima Tawaran Berlakon Dengan Zara Zya

hafreez adam dan zara zya

Pelakon Hafreez Adam khabarnya tidak kisah jika ditakdirkan bergandingan dengan bekas tunangnya yang juga pelakon Zara Zya dalam sesebuah naskah drama.

Hafreez AdamSumber : Google  

Meskipun mereka berdua telah mengalami episod duka iaitu putus tunang, Hafreez yang ditemui media turut mendedahkan bahawa setakat ini, dia sudah menerima tiga tawaran berlakon daripada produksi berlainan yang mahu menggandingkannya dengan Zara.

Advertisement

Namun, disebabkan oleh kekangan jadual sebelum ini, hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana produksi penerbitan setakat ini.

Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan,31, berkata dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan Zara meskipun telah putus kasih sejak dua tahun yang lalu.

Zara Zya HafreezSumber : Google  

“Selepas putus tunang, hubungan kami masih baik walaupun tidaklah kami lepak bersama macam dulu-dulu. Saya siap boleh bekerjasama kalau diberi peluang digandingkan bersama dengan Zara tapi disebabkan jadual clash, perkara itu masih tidak lagi kesampaian sehingga sekarang.”

Dia dalam pada itu turut menjelaskan bahawa pelakon wanita itu juga tidak mempunyai apa-apa masalah untuk bergandingan dengan dirinya meskipun tidak lagi berkomunikasi sejak memutuskan pertunangan pada tahun 2019 yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Sementara itu, Hafreez turut mengakui dirinya kini sedang dalam fasa berkenalan dengan seseorang namun enggan mendedahkan siapakah empunya diri.

“Saya ambil pengajaran daripada pengalaman lalu. Lepas ni kalau betul saya bercinta, saya akan lebih tertutup dan hanya akan umumkan bila kami jadi berkahwin.”

Terdahulu, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 sebelum ikatan tersebut terlerai sebulan kemudian.

MonalisaSumber : Google  

Mereka berdua difahamkan mula menjalin cinta ketika berlakon bersama-sama dalam drama bersiri 80 episod, Monalisa yang ditayangkan di Astro Prima pada tahun 2018 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 10, 2021 at 3:13 pm

    bagus la mcm tu. mane la lepas dah bekerjasama cinta berputik semula

Loading...
To Top