“Kami Tiada Kena Mengena” – Didi Ulas Bella Tiada Kaitan Dengan Pengunduran Stacy

Hiburan

“Kami Tiada Kena Mengena” – Didi Ulas Bella Tiada Kaitan Dengan Pengunduran Stacy

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Stacy mengundurkan diri daripada menyertai konsert A Night With Sumandak Stars yang telah menjadi bualan dalam kalangan peminat.

a night with sumandak stars

Advertisement

Sebagai salah seorang artis yang bakal membuat persembahan di konsert itu, Didi Astillah memberitahu bahawa apa yang berlaku tidak melibatkan dirinya.

Memetik dari Mstar, Didi juga menegaskan dia dan kakaknya, Bella Astillah bukanlah penganjur konsert berkenaan.

Saya tak tahu tentang perkata itu (pengunduran Stacy). Itu semua adalah daripada pihak penganjur. Saya dapat tahu pun dari sosial media.

 

Kami (Didi dan Bella) tiada kena mengena. Kami hanya artis jemputan yang dipanggil untuk menyanyi. Saya anggap ini semua adalah peluang dan rezeki.

Didi akui dia akur akan tanggapan pelbagai pihak mengenai isu berkenaan.

Kami tak boleh nak halang apa orang cakap. Saya tak tahu apa-apa jadi saya tak boleh ulas perkara ini.

Penyanyi itu turut menjelaskan dia tidak tahu bahawa gambarnya turut ada di dalam poster berkenaan kerana dimaklumkan dia hanya akan buat kemunculan sahaja.

stacy anam beri penjelasan tarik diri konsert
20 hours ago

"Awalnya Letak Bella & Friends, Saya Dah Tolak Dah.." - Stacy Perjelas Tarik Diri Konsert Sumandak Stars, Poster Salah Satu Punca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...