“Kami Tiada Barang Branded, Rumah Banglo..” Kongsi Minat Sama, Rahsia Rumah Tangga Ika Nabella Semakin Erat

Hiburan

“Kami Tiada Barang Branded, Rumah Banglo..” Kongsi Minat Sama, Rahsia Rumah Tangga Ika Nabella Semakin Erat

Mempunyai teman hidup yang berkongsi minat yang sama sudah pasti menjadi idaman setiap insan. Sudah pasti hubungan antara suami isteri lebih bahagia dan menjadi semakin erat.

Menurut pelakon Ika Nabella, mempunyai minat yang sama merupakan salah satu faktor dalam menguatkan lagi hubungan rumah tangga bersama suaminya, Muhamad Zaid.

Advertisement

Pelakon cantik itu mengakui, dia dan suaminya tidak dilimpahi kemewahan dan hanya hidup bersederhana namun dia bersyukur kerana Zaid tidak pernah culas membawanya melancong ke luar negara setiap tahun jika berkesempatan.

“Tiada supercar, tiada rumah banglo, barang tak branded. Minat kami sama, travel!”

View this post on Instagram

Bangun pagi tadi dah sampai Italy pulak. Best pulak boleh rentas mcm ni ? Hmmm 2 tahun la birthday I tak holiday. Sejak bercinta hati ke hati dgn @zaidbowie everytime birthday dia bawak I tengok bumi Allah. Hidup kami biasa2 ja serba sederhana. Takde super car. Rumah tak banglo. Batang tak branded. Minat kami sama. TRAVEL. Yes to be honest minat ni yg buat I rasa “ok boleh gang”. Ada rahsia, waktu awal2 dia mengorat I dulu tak sampai sebulan I ajak dia pi island motif utama nk tgk dia suka laut takkkkk hahahaha boleh ke tidak swim tengah laut without a lifejacket cukup jantan ke tak.Or another city boy, another spoilt brat yg so London Paris NewYork. Rupanya! Cliff kt Dubrovnik tu dia boleh terjun!!! So jantan la my man ? Inikah nama nya sangap?? Betul2 sangap ?

A post shared by meet – I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Dia mengatakan bahawa perkahwinan selama hampir empat tahun itu menjadi lebih bahagia lantaran berkongsi hobi yang sama.

Pernah menguji keberanian suaminya untuk terjun laut pada suatu masa dahulu, Ika berkongsi pengalaman tersebut ketika fasa awal bercinta.

“Boleh ke tidak berenang tengah laut tanpa jaket keselamata, cukup jantan ke tak. Atau dia hanya seorang budak bandar, seorang lelaki manja yang so London, Paris, New York. Rupanya tebing di Dubrovnik tu dia boleh terjun!”

Dia yang bernikah dengan lelaki pilihan iaitu Zaid pada 30 Julau 2016 semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia lapan bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...