“Kami Teruskan Demi Cucu..” – Datin Patimah & Datuk Yusof Haslam Masih Teruskan Silaturrahim Bersama Ibu Bapa Puteri Sarah

Hiburan

“Kami Teruskan Demi Cucu..” – Datin Patimah & Datuk Yusof Haslam Masih Teruskan Silaturrahim Bersama Ibu Bapa Puteri Sarah

Ibu kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik sebuah foto di media sosial baru-baru ini melihatkan dirinya dan suami, Datuk Yusof Haslam bersama besan mereka iaitu ibu bapa kepada aktres Puteri Sarah Liyana.

Berbuka bersama-sama

Hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram milik Patimah itu telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan hubungan akrab mereka yang dikekalkan meskipun Syamsul dan Puteri Sarah tidak lagi bersama. Gambar tersebut memaparkan ibu Sarah, Paridah Puteh dan ayahnya, Megat Kamaruddin berada di sebuah restoran untuk berbuka bersama besan mereka.

Advertisement
Alhamdulillah silaturrahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Reaksi netizen

Dalam pada itu, foto yang menerima likes sebanyak lebih seribu daripada orang ramai itu membuktikan hubungan sebuah keluarga dapat dikekalkan meskipun anak-anak mereka sudah berpisah. Melihat ke ruangan komen, bukan sahaja netizen yang menyatakan rasa gembira, Puteri Sarah juga menyampaikan rasa sayang kepada mereka.

Love you mama and papa.

 

Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun.

 

Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu.

igSumber : Instagram  

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata namun telah rasmi bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2023.

psl
9 months ago

"Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah.." - Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...