July 28th, 2016

Hari Khamis minggu lepas, pelakon Yana Samsudin telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulungya di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Subang Jaya, Selangor.

Yana melahirkan bayi seberat 3.37 kilogram melalui kaedah pembedahan pada jam 7.01 pagi.

Berbicara mengenai detik kelahiran anaknya, Yana akui teruja dan tidak percaya bahawa beliau kini sudah bergelar seorang ibu. Yana juga sempat berkongsi pengalaman beliau ketika bersalin.

Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini.

Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan. Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat.

Sebenarnya suami Yana iaitu Fadzil Zahari berkongsi berita gembira tersebut lima hari selepas anak mereka dilahirkan.Jelas Yana, mereka terlambat untuk mengumumkan berita berkenaan kerana agak kelam-kabut dan sibuk ketika hari anak mereka dilahirkan ke dunia.

Keadaan pada masa itu (saat melahirkan) sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya dan kelengkapan hospital.

Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu.

Buat masa ini, Yana dan Fadzil belum memustukan nama yang sesuai untuk anak lelaki mereka dan berjanji akan mengumumkannya kepada peminat bila tiba masanya nanti.

Sumber Berita : Kosmo!


Comments are closed.

Loading...