Hubungan baik antara personaliti media sosial, Nashkay atau nama sebenarnya Siti Nur Nashrah, dengan bekas suaminya Kelana Shamsudin Alamudi mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang berpendapat lebih baik pasangan itu kembali bersama, malah tidak kurang yang memberi amaran agar tidak menimbulkan fitnah.
Menjawab persoalan tersebut, Nashkay menegaskan hubungan mereka kini hanya berkisar soal anak dan perniagaan.
Jelasnya,
Kami tidak tinggal serumah. Saya urus bahagian pemasaran dan hanya sesekali bertemu, itu pun untuk siaran langsung bersama staf lain.
Katanya lagi, setiap perceraian berlaku kerana ada sebab besar, namun dia memilih untuk tidak mendedahkan aib sesiapa. Nashkay berharap netizen memahami dan tidak membuat andaian melulu.
Terdahulu, Nashkay mengesahkan rumah tangganya berakhir kerana tiada persefahaman, namun mereka tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak. Sebelum ini, isu curang melibatkan bekas suaminya pernah menjadi tular, namun kini mereka dilihat berbaik semata-mata untuk urusan perniagaan.