“Kami Tak Putus Cinta!” Riena Diana ‘Lailer’ Perjelas Isu Sudah Lama Tak Kongsi Foto Kekasih Hati Di Instagram

Hiburan

“Kami Tak Putus Cinta!” Riena Diana ‘Lailer’ Perjelas Isu Sudah Lama Tak Kongsi Foto Kekasih Hati Di Instagram

Pelakon cantik, Riena Diana ketika ditemui memberitahu sudah lama dirinya tidak bertemu dengan kekasih hatinya, Nik Afiq yang khabarnya kini menetap di Pahang.

Ini berikutan kesibukan dan kekangan masa Riena yang kini aktif berlakon dan sedang menjalani penggambaran drama ‘Kampung People’ Musim ke-2.

Advertisement

Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal,23, telah menafikan bahawa hubungan mereka berdua dilanda badai dan telah berakhir seperti yang diperkatakan netizen.

“Sebenarnya saya dah lama tak jumpa dia memandangkan dia pun duduk dekat Pahang. Jadi agak sukar kami nak jumpa. Sebab tu juga lama tak kongsi gambar dengan dia,”

Hal tersebut menjadi bualan netizen apabila Riena dilihat sudah agak lama tidak berkongsi foto bersama teman lelakinya itu di media sosial.

“Walaupun dah tak kongsi foto dia tapi hubungan kami baik sahaja. Lagipun, buat masa sekarang ini saya lebih selesa bersendirian dan nak fokus pada karier lakonan saja. Dengan kawan-kawan pun saya jarang jumpa,”

Dalam pada itu, Riena yang juga pelakon drama Nur dan Kampung People ini mengakui kini lebih berhati-hati apabila berada di luar dan dalam kawasan yang padat berikutan wabak COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Sekarang ni memang setiap kali datang set akan pakai face mask, pihak produksi pun akan pastikan lokasi penggambaran dalam keadaan bersih. Sebelum ni macam terleka sekejap sebab kes semakin menurun tapi sekaranf saya cepat paranoid. Orang bersin pun saya dah jadi takut,”

View this post on Instagram

Let the countdown to beach time begin. Cant wait to rock my Kate Spades again! @katespadeny #loveinspades

A post shared by Riena Diana Zulreal (@rienadiana_) on

Disebabkan komitmen kerja, Riena berkata dia terpaksa juga keluar untuk bertugas meskipun takut untuk berada di luar. Dia kini mengambil langkah lebih berjaga-jaga ketika berada di kawasan yang mempunyai ramai orang dan terdedah dengan persekitaran awam.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...