“Kami Tak Peduli Konflik Keluarga Anda, Kami Hanya Mahu Tahu Ke Mana Wang Derma Itu Pergi”

Trending

“Kami Tak Peduli Konflik Keluarga Anda, Kami Hanya Mahu Tahu Ke Mana Wang Derma Itu Pergi”

Semalam, Muhammad Faizznur Asyraf Hussain, 25, telah membuat kenyataan rasmi berkenaan isu ‘bolot wang derma’ atau dana awam yang disalurkan ke akaun bank miliknya (yang telah dibekukan) kepada Aqila dan Amira, anak mangsa kemalangan di lebuhraya DUKE pada tahun 2015.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook menyifatkan kenyataan Faizz Nur bersifat manipulatif dan cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar yang dipersoalkan oleh orang ramai, iaitu mengenai wang derma itu sendiri. Ikuti tulisan Auni Ameera:

Advertisement

KENYATAAN BALAS: KENYATAAN RASMI FAIZZNUR

Saya muat naik atas dasar tanggungjawab sosial sebagai orang awam. Ini pos terakhir tentang mereka.

Tak ada orang peduli apa yang terjadi dalam keluarga anda atau berapa juzuk Quran yang ahli keluarga anda hafal. Apa amanah yang Arwah berikan kepada anda dan lain-lain. Itu bukan kepentingan Netizen.

Tulisan ‘Kenyataan Rasmi’ ada bentuk mesej subliminal (bawah sedar) yang disebarkan kepada umum seolah menggambarkan Datin Yusnida ada agenda ‘mencantas’ hak jagaan dan sangat bertipu-helah untuk mengambil Amira dan Aqila dari tangan anda.

Tulisan itu juga secara tidak langsung boleh mengubah pandangan umum, mensongsangkan, menghantar mesej secara bawah sedar ke dalam minda orang awam untuk mereka: tanpa sedar menimbulkan kesimpulan bahawa kemungkinan juga Pn.Yusnida ada niat tersembunyi / tujuan tidak baik terhadap dana awam tersebut.

Ini satu bentuk psikologi songsang, mengalihkan masalah kepada bahu orang lain, cuba membalas kenyataan Puan Yusnida dan mengalihkan perhatian Netizen.

Ini bukan isu politik

Apa yang anda cakap pasal keluarga anda boleh jadi betul.

Tetapi, kami sebenarnya tak peduli tentang itu. Selalunya orang politik guna cara ni untuk ‘meneutralkan’ keadaan dan mengalihkan perhatian awam dari isu sebenar.

‘Kenyataan rasmi’ anda tidak menjawab atau membuktikan apa-apa. Macam yang kita semua tahu ini taktik biasa dalam masyarakat Melayu. Orang kita akan layu dengan butang agama atau ayat-ayat manis terutamanya kalau diselit dengan sesuatu yang berbaur Islamik. Satu-satunya yang nampak rasmi dalam kenyataan anda ialah: jalan cerita konflik keluarga anda, bukan MENGENAI DERMA ITU SENDIRI.

Tindakan normal orang yang tidak bersalah

Dia akan kemuka segala bukti atau fakta yang menunjukan dia tidak bersalah. Orang yang tidak bersalah tidak cenderung untuk berdiam diri apabila ditomah atau dituduh sesuatu. Mereka selalunya akan melawan disebabkan tekanan mental yang mereka dapat.

Juga: Mahkamah tidak suka-suka untuk membekukan akaun orang MELAINKAN mereka ada sebab yang sangat munasabah untuk berbuat demikian. Kalau betul tidak ada unsur penyelewengan, mahkamah tak akan bekukan tiga akaun untuk siasatan lanjut .

“Tidak Menghormati Mahkamah”

Ini nampak seperti satu alasan yang kukuh untuk anda berdiam diri. Juga boleh digunakan. Juga ‘Contempt of Court’ boleh digunakan untuk tutup mulut orang yang bertanya: ‘Kenapa anda tidak bersuara?’.

Jawapannya mudah. iaitu: ‘Contempt of Court’.

Ayat dalam ‘Kenyataan Rasmi’

“Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga”.

Sejak bila kami Netizen berminat dengan permasalahan keluarga anda? Sejak bila? Since when exactly? We just want to know where the money went to.

Ke mana duit itu pergi?

Ini isu yang betul: where is the money?

On behalf of: ‘Court of Public Opinion’

We did not judge you. But if you start a spark, you’ll get the flame. Kami cuma nak tahu status duit tersebut dan kemana duit tu pergi. Kami tak berapa peduli dengan konflik keluarga anda, tetapi kerana kami sebahagian dari ahli masyarakat, kami prihatin nasib kanak-kanak itu (Amira dan Aqila).

Sekian.
Auni Ameera

***
Apa yang diperkatakan oleh Auni itu ada benarnya. Apa yang ditulis oleh Faizznur lebih berbentuk satu serangan peribadi terhadap kakaknya Yusnida Hussain dan masih gagal menerangkan ke mana perginya wang derma tersebut. Berapa jumlah sebenar? Ke mana ia dibelanjakan? Apa bukti perbelanjaan?

Faizznur boleh membuat penerangan ini namun tidak berbuat demikian, sebaliknya memfokus kepada permasalahan dan ‘drama’ dalam keluarganya. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Sumber: Auni Ameera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...