Pelakon dan model jelita, Haneesya Hani meluahkan rasa berang gara-gara dilayan dengan biadab oleh sebuah jenama pakaian terkenal bagi tujuan memohon tajaan bagi persediaan drama terbarunya.
Haneesya berkata, dia tidak kisah jika jenama itu enggan menajanya namun tidak perlu bersikap kurang ajar seperti itu.
Saya tidak pernah melihat orang yang kerja dalam bidang khidmat pelanggan yang kurang ajar begini. Tahap macam minta penampar.
Kalau tak mahu beri tajaan, saya tidak kisah. Saya okey sahaja tapi tak perlu kurang ajar dan boleh cakap baik-baik.
Tak semua jenama mampu nak beri tajaan sebab saya sendiri ada perniagaan, saya faham.
Pelakon itu juga turut berkongsi tangkap layar perbualan ibunya selaku pengurus peribadi bersama seorang individu mewakili jenama itu.
Individu itu dilihat mengakui tidak mengenali siapakah Haneesya dan juga meminta pelakon itu untuk memakai baju menutup aurat.
Haneesya walau bagaimanapun tidak mendedahkan apakah jenama pakaian tersebut kerana enggan membenarkan ia menjadi ‘viral’ dan terkenal.
Saya tak kisah jika orang tak kenal saya walaupun pernah menang anugerah. Namun saya tak mahu dedahkan siapa orang ni, tidak perlu buat dia jadi terkenal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.