Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Tak Gaduh” – Keith Foo Akui Masih Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri

Mengakui dirinya masih  mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Kim Raymond biarpun telah berpisah hujung tahun lalu, pelakon Keith Foo menegaskan tiada sebab beliau dan bekas isteri bergaduh kerana mereka khabarnya telah berpisah secara baik.

"Kami Tak Gaduh" - Keith Foo Akui Masih Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri

Advertisement

Menurut Keith, anak merupakan keutamaan mereka buat masa ini. Malah, tidak segan memaklumkan bahawa perhubungan mereka kini seperti sahabat baik

“Kami berpisah secara baik. Kami juga telah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak dan mahu menjaga anak bersama-sama biarpun telah berpisah.”

Ujar Keith, beliau kini kembali mewarnai dunia lakonan selepas dua tahun menumpukan fokus terhadap anak dan bersedia untuk terus aktif.

"Kami Tak Gaduh" - Keith Foo Akui Masih Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri

“Saya tak mahu terlepas melihat anak membesar. Memandangkan anak sudah masuk usia 3 tahun, saya boleh kembali bekerja semula. Walaupun orang kata saya berehat ketika nama menjadi sebutan, saya tak menyesal kerana anak lebih utama.”

Tambah Keith lagi, beliau akan terus mencari momentum untuk terus bekerja dalam dunia lakonan tanpa sebarang halangan selepas ini.

"Kami Tak Gaduh" - Keith Foo Akui Masih Kekalkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri

Advertisement

Sekadar informasi, Keith telah mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017. Bagaimanapun, Keith tampil mendedahkan dirinya telah sah bercerai dengan model tersebut pada penghujung tahun lalu.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. stulangdaeng

    September 1, 2020 at 1:14 pm

    anak perempuan dia dah besar cantik tu,,sebiji muka father..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top