“Kami Tak Dapat Makan..” – Setiap Kali Gaduh Beras Dibuang, Suami Akan Biarkan Isteri & Anak Berlapar

Kehidupan

“Kami Tak Dapat Makan..” – Setiap Kali Gaduh Beras Dibuang, Suami Akan Biarkan Isteri & Anak Berlapar

Isteri mana saja yang tidak idam mempunyai sang suami yang menepati cita rasa dan mampu untuk melayan mereka bagai bidadari syurga apabila mendirikan rumah tangga bersama.

Bayangkan saja pun sudah dapat rasa kebahagiaan seseorang wanita jika mengahwini lelaki yang tepat di dalam hidupnya.

Advertisement

Bagaimanapun, tidak semua apa yang diidamkan akan kita miliki dan semua pasangan mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita di TikTok ini.

Melalui perkongsiaan yang dilakukan, ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu suaminya mempunyai sifat baran dan sering naik tangan seandainya mereka berdua bergaduh.

Difahamkan, jika bergaduh, si suami akan membuang segala barang keperluan dia serta anak dan melalui video yang dikongsikan, kelihatan tandasnya dipenuhi dengan beras yang telah dibuang oleh suami agar mereka berdua kelaparan.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen posting berkenaan, rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan suami yang sengaja hendak tunjuk dirinya berkuasa dalam rumah dan meminta agar wanita terbabit berpisah secepat yang mungkin.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang bersimpati dan memberi semangat kepada wanita itu untuk kekal kuat hadapi ujian ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

laptop
3 years ago

"Banyak Sangat Dating Apps" - Suami Sanggup Hempuk Isteri Dengan Laptop Lepas Kantoi Curang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...