Melalui satu video podcast mempaparkan penyanyi rap, Caprice menemubual rakan pempengaruh sensasi, Ammar Nazhan iaitu Eyka dan Izrin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tipu helah pencipta konten berkenaan.
Tak dibayar oleh Ammar walaupun masuk dalam video
Menurut Izrin, mereka sama sekali tidak dibayar dengan menghasilkan konten-konten bersama, sebaliknya mereka dibayar melalui makanan, tempat tinggal serta bebas untuk mencipta apa-apa konten.
Bayaran satu sen pun kami tak pernah dapat. Semasa buat konten hilang, kami tak boleh bersuara dan ramai yang dah kena brainwash dengan dia.
@buletin.tiktok Replying to @buletin.tiktok 📽️🍉 Part 1 (Repost). credit youtube Caprice Original Film #ammarnazhan #eykahilang #fyp #berandafyp #bikinpanas #gosip ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Dalam pada itu, Izrin turut mendedahkan Ammar membayar RM10 ribu (10 juta rupiah) untuk membayar polis, tentera dan penduduk kampung di kawasan tersebut agar insiden hilang di Indonesia nampak ‘real’.
Polis, tentera dan orang kampung dibayar RM10 ribu
Sebelum kami mula siaran langsung, akan ada taklimat besar-besaran. Tapi bukan kami yang yakinkan polis dan tentera untuk berlakon, mungkin mereka (Ammar) yang yakinkan.
Bahkan, Ammar turut telah membayar seorang individu untuk menjadi ‘kambing hitam’ agar dirinya tidak dipersalahkan.
Kata Eyka pula, keluarganya tidak menunjukkan sebarang kerisauan sewaktu dirinya hilang kerana sudah dimaklumkan pada hari kedua ‘konten’ hilang itu berlangsung.
Sebelum ini, Eyka dilaporkan hilang ketika sedang melakukan konten paranormal di satu hutan yang terletak di Bandung, Indonesia dan dia ‘diselamatkan’ tiga hari selepas hilang.