November 14th, 2016

Baru-baru ini, nyanyian pelakon Nur Fazura yang membawakan lagu Hancur Aku bersama kumpulan Estranged teruk dikritik oleh netizen.

Ramai berpendapat Fazura tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan menyatakan beliau adalah punca utama kumpulan berkenaan tidak dapat mara ke peringkat final Muzik-Muzik 31.

Walaubagaimanapun, vokalis utama Estranged iaitu Rich tidak menganggap Fazura menjejaskan peluang mereka di pertandingan berkenaan.

Menurut beliau, sejak awal lagi kumpulan itu menyedari kelemahan vokal Fazura tetapi ia seakan cabaran buat Rick yang ingin membantu Fazura memperbaiki kelemahannya.

Sejak mula berkolaborasi, kami sudah tahu dia (Fazura) ada kekurangan dari segi vokal tapi saya menganggap itu satu cabaran dan ingin membantunya memperbaiki kelemahan tersebut.

Pada malam SFMM31 itu saya lihat dia sudah memberi persembahan dan nyanyian yang paling baik setakat kemampuannya, itu sudah bagus. Keputusan layak atau tidak untuk ke AJL31 malam ini adalah dinilai menerusi keputusan lagu itu dan bukan nyanyian semata-mata.

Rich berharap masyarakat memberi peluang kepada Fazura kerana sejujurnya pelakon wanita itu sudah cuba untuk memperbaiki vokalnya dan mempunyai semangat yang agak kuat untuk menceburi bidang nyanyian.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...