“Kami Tahu Batas..” -Bekerjasama Dengan Suami Orang, Siti Nordiana Akui Tiada Masalah

Hiburan

“Kami Tahu Batas..” -Bekerjasama Dengan Suami Orang, Siti Nordiana Akui Tiada Masalah

Penyanyi dan juga pelakon, Siti Nordiana mengakui bahawa tiada masalah buat dirinya untuk bekerjasama dengan mana-mana selebriti yang sudah bergelar suami orang.

Menurut Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana ini lagi, dia sentiasa menjaga batas pergaulan setiap kali bergandingan dengan penyanyi lelaki tidak mengira status apabila bekerjasama dalam sesuatu projek nyanyian atau lakonan.

Advertisement

Ini berikutan aktiviti seni terbaru Nana bersama Nubhan yang juga kini berstatus suami orang menerusi lagu duet terbaru mereka yang berjudul Sekali Lagi.

“Sebelum ini saya pernah bergandingan dengan penyanyi lelaki yang sudah berkahwin iaitu Alif Satar. Jadi tak ada masalah buat saya berganding dengan Nubhan kerana kami masing-masing saling mengenali. Saya pun berkawan baik dengan isterinya dan tahu batas antara kami sebab dah macam adik-beradik.”

Tambah Nana lagi, isteri Nubhan iaitu Afifah Tawfek merupakan pengkritik utama kepada karya mereka berdua kali ini. Malah, Afifah turut berkongsi idea untuk sebarang penambahbaikan dalam penghasilan lagu tersebut.

Sementara itu, bagi Nubhan dia berasa bersyukur kerana mendapat seorang isteri yang sentiasa menyokong dan memahami selok belok kerjaya seninya selama ini.

Sekadar info, lagu Sekali Lagi merupakan lagu ciptaan Nana sendiri bersama komposert, Sepet dan video muzik lagu ini telah boleh ditonton menerusi platform muzik atas talian, Youtube setelah ianya dilancarkan semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...