“Kami ‘Support’ Dari Belakang Okay..” – Naim Daniel Muncul Buat Persembahan Di Sebalik Kontroversi Amang Seksu*l

Hiburan

“Kami ‘Support’ Dari Belakang Okay..” – Naim Daniel Muncul Buat Persembahan Di Sebalik Kontroversi Amang Seksu*l

Kehadiran pelakon dan penyanyi Naim Daniel di malam XO Concerts 3.0 School of Galau menarik perhatian penonton yang setia menantikan kemunculannya.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin tampil mengenakan pakaian sekolah selari dengan tema konsert, sambil menyampaikan lagu popularnya, Mengenangmu.

Advertisement

Walaupun berdepan dakwaan berkaitan kes amang seksual baru-baru ini, ramai warganet tetap memberi sokongan terhadap Naim dan memuji keberaniannya hadir ke acara tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terharu dengan ketabahan penyanyi lagu Berdamai Dengan Takdir itu. Malah, ramai menitipkan kata-kata semangat agar Naim terus kuat dalam menegakkan kebenaran.

Terdahulu, media melaporkan penahanan seorang pelakon dan penyanyi bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Namun, Naim telah mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 serta pasport antarabangsanya diserahkan kepada pihak mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

39 mins ago

"Kehidupan Bagaikan Roda.." - Berubah Jadi 'Perempuan', Saiful Malaysian Idol Sedar Diri Tak Disukai Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...