Baru-baru ini viral di media sosial Facebook, satu hantaran yang memaparkan sekeping notis yang ditampal di pintu bilik pensyarah telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, notis itu dipercayai ditulis oleh seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Malah, notis itu turut tertulis rungutan yang mendakwa ramai pelajar menjadi tertekan sehingga ada yang sanggup bertindak di luar jangkaan gara-gara terbeban dengan tugasan yang diberikan.
Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda. Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup?
Selain itu, pelajar tersebut turut menyifatkan bebanan tugasan yang diberi adalah melampau dan terlalu banyak untuk diselesaikan.
Assignment lagi, test lagi, presentation lagi! Suruh buah report macam orang bodoh! Kami bukan robot!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai bagaimanapun dilihat tidak berpuas hati dengan notis berkenaan dan menganggap pelajar zaman sekarang terlalu manja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.