Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak – Rita Rudaini

Hiburan

Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak – Rita Rudaini

Perceraian tidak dinafikan akan memberikan impak besar terhadap anak-anak, apatah lagi perpisahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan mempunyai pelbagai isu dan kontroversi.

Advertisement

Tidak pernah menanam rasa benci dalam diri anak-anak terhadap bapa mereka, Rita mengharap satu hari nanti bekas suaminya itu akan kembali ke sisi anak-anak.  Mereka perlukan kasih sayang seorang ayah.

Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar. Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak. Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka.

Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Saya sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai.

Terdahulu, Rita akui ada pihak yang tidak senang hati dan ‘panas’ sekiranya beliau berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka.

Walaupun mempunyai halangan, Rita tidak akan putus asa untuk mempertemukan serta mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka.

Tidak mungkin seorang bapa begitu mudah melupakan anak-anaknya kan? Kami juga mendoakan agar pertemuan ini akan berlaku satu hari nanti. Air yang dicencang tidak akan putus.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

33 Comments

  1. Kerja Kosong

    December 12, 2018 at 7:11 am

    Kesian Rita.. Kena faham perit juga jadi ibu tunggal ni.. Kadang kadang kena berlagak dan tunjuk kita strong supaya boleh survive dalam kehidupan.. Fake it till you make it.. Stay strong kak rita!

  2. Anonymous

    December 11, 2018 at 12:22 pm

    Rita cakap sekali sj..BEAUTIFULNARA la yg hari2 buat ulasan. Dh xada modal ker?

  3. thuglife

    December 11, 2018 at 10:12 am

    yang dok ulang cita nie, wartawan..blog mcm nara nie.. lps ulang..ada cita baru dia up lagi.. bagi aku apa yg rita buat dulu sbb rita marah.. sbb aidill tingglkan dia ms anak2 kecik..perlukan ayah.. so bg dia xda ayah pun dia boleh bahagiakan anak..tu apa yg ppuan rasa bila marah..

    bila anak dah membesar, prasaan anak2 pun perlu pk.. anak2 pun nak tahu anak meraka.. sbb dorang tahu ayah masih hidup.. rita buat plak apa yg ptt demi anak2.. apa yg dia buat..bg pluang aidil perbetulkan kesilapan.. sorng ibu dan isteri akan paham apa yg rita buat nie.

    jgn hanya dok kecam ikut prasaan.. Jgn nnti Allah balikkan pula ke kita.. bari tahu meroyan yg korng dok kata kt rita tu mcm mana rsnya.. demi anak2..

  4. Anonymous

    December 11, 2018 at 9:52 am

    Doa yg baik-baik…. Rita Rudaini, Aidil Dan Zareema…moga mereka positif menjalani kehidupan. Temukan Adik beradik sebapa….. Kan seronok MCM Tu….MCM Norman Hakim, Arbaiyah Dan Memey Suhaiza.

    Sblm Norman nikah dgn memey pun, Aku dah nampak yg si memey boleh jadi ibu tiri yg baik. Mungkin kehidupan memey yg ramai Adik beradik Dan Ada adab sopan yg mudahkan dia masuk dlm keluarga Arbaiyah.

  5. Julap cap sabun

    December 10, 2018 at 11:00 pm

    Nak wat camner…bapak dia cuma hebat bab2 bola ni. Main bola dlm seluar pun hebat. Tapi bab nikah cerai nafkah tanggungjawab bodoh piangg. bapak dia ni bintang pieces, bini leo. Leo ni jenih bossy, tamak and dominan. Bapak jenih bendul pintu. Jadi rita, hang pi cari la laki lain. Mustahil bapak ni berani nak cerai bini dia. Berani….silap haribulan letup telor.

Loading...