Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak – Rita Rudaini

Hiburan

Kami Sentiasa Tunggu Kehadiran Aidil Kembali Ke Sisi Anak-Anak – Rita Rudaini

Perceraian tidak dinafikan akan memberikan impak besar terhadap anak-anak, apatah lagi perpisahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan mempunyai pelbagai isu dan kontroversi.

Advertisement

Tidak pernah menanam rasa benci dalam diri anak-anak terhadap bapa mereka, Rita mengharap satu hari nanti bekas suaminya itu akan kembali ke sisi anak-anak.  Mereka perlukan kasih sayang seorang ayah.

Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar. Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak. Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka.

Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Saya sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai.

Terdahulu, Rita akui ada pihak yang tidak senang hati dan ‘panas’ sekiranya beliau berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka.

Walaupun mempunyai halangan, Rita tidak akan putus asa untuk mempertemukan serta mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka.

Tidak mungkin seorang bapa begitu mudah melupakan anak-anaknya kan? Kami juga mendoakan agar pertemuan ini akan berlaku satu hari nanti. Air yang dicencang tidak akan putus.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...