“Kami Semua Merinduimu Iqmal Yang Dahulu,” Susulan Tuduhan Rogol, Ayah Dai Syed Buka Mulut

Hiburan

“Kami Semua Merinduimu Iqmal Yang Dahulu,” Susulan Tuduhan Rogol, Ayah Dai Syed Buka Mulut

Kecoh di media sosial semalam apabila salah seorang peserta program keagamaan, Da’i Syed telah dituduh dengan dakwaan agak berat apabila dia didakwa telah melakukan perbuatan rogol.

Advertisement

Ini berikutan tularnya ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan Da’i Syed telah bertindak merogol seorang wanita yang juga sahabatnya.

Susulan daripada dakwaan itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail telah membuat laporan polis dalam usaha untuk membersihkan namanya.

Hari ini, kecoh pula apabila ayah kepada Da’i Syed telah membuat satu kenyataan secara terbuka di laman Facebook miliknya. Berikut adalah kenyataan daripada ayah Da’i Syed.

“Semua sudah maklum Dai Syed adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini untuk tatapan semua yang bertanya.”

“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.”

Ayah kepada Da’i Syed yang dikenali sebagai Seif Jamalullail itu turut menitipkan pesanan kepada anaknya itu supaya tidak menggunakan agama sebagai ‘topeng’ untuk menutup segala kesalahan yang dilakukan. Dia dilihat turut memesan supaya Da’i Syed meninggalkan dunia selebriti dan kembali ke Jalan Allah dan turut meluahkan rasa rindu kepada Syed yang dahulu.

Entri berkenaan setakat pagi ini telah mendapat hampir 3000 tanda suka dan 900 perkongsian di media sosial Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...