“Kami Semua Dah Boleh ‘Move On’..” – Siti Nordiana Tak Mahu Terhimpit Kisah Lama, Sedia Buka Buku Baru

Hiburan

“Kami Semua Dah Boleh ‘Move On’..” – Siti Nordiana Tak Mahu Terhimpit Kisah Lama, Sedia Buka Buku Baru

Sempat terlibat dalam perbalahan antara lima sekawan, penyanyi Siti Nordiana atau mesra dikenal sebagai Nana, akui telah redha dan sedia ingin melupakan kisah lama setelah kes tersebut berjaya diselesaikan tempoh hari.

Kata Nana semasa ditemu bual oleh sumber, dirinya bersyukur urusannya dipermudah dan kes berkenaan telah pun ditutup rapi. Tambahnya, dia telah berbulat hati ingin move on daripada kejadian tersebut.

Advertisement

Saya tidak boleh nak ulas lanjut sangat, cukup sekadar semuanya sudah selesai.

Kami semua dah boleh move on dan boleh teruskan hidup masing-masing. Saya boleh fokus dan teruskan kerjaya seni saya. Saling bermaafan itu adalah satu perkara yang baik dalam Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Tambah pembawa asal lagu Hatiku Milikmu itu, Nana ingin memulakan kehidupan baru tanpa terbawa-bawa kisah silam memandangkan mereka telah pun saling bermaafan. Meskipun mungkin hubungan antara mereka tidak pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya mereka telah pun berdamai.

Sebelum ini, difahamkan kes saman yang mencecah RM2.5 juta itu tidak dilangsungkan apabila Nana dan lima defenden terbabit setuju untuk bermaaf-maafan.

alyah
1 year ago

"Kami Saja Tahu Rasa Sakit Tu.." - Alyah Tidak Setuju Dibandingkan Dengan Siti Nordiana, Mohon Hargai Usaha Penyanyi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...