“Kami Selalu Berhubung, Tiada Masalah Pun” – Syada Akui Rindu Shila Amzah, Dah Setahun Tak Bertemu

Hiburan

“Kami Selalu Berhubung, Tiada Masalah Pun” – Syada Akui Rindu Shila Amzah, Dah Setahun Tak Bertemu

Penyanyi Syada Amzah baru-baru ini menjelaskan video ucapan ulang tahun kelahiran buat kakaknya, penyanyi Shila Amzah sebagai tanda kerinduan buat darah dagingnya itu setelah hampir setahun tidak bertemu.

Jelas Syada, hantaran tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan setiap adik-beradik dan tak perlu dijadikan isu oleh netizen di luar sana.

Advertisement

Kami semua rindu dia, normal sebab darah daging. Video itu tiada makna apa-apa pun apatah lagi untuk orang luar nak jadikan isu.

Katanya lagi, dia dan Shila masih tetap berhubung sekaligus mengandaikan bahawa hubungan kekeluargaan antara mereka adalah baik-baik sahaja.

Selepas muat naik video itu, kami ada mesej. Kami selalu berhubung dan tiada masalah pun. Nak kata bergaduh pun, kami tak bercakaran. Semua itu hubungan normal adik-beradik.

Hari ini tak bercakap, esok sudah bersayang-sayang. Kadang-kadang baru masuk kereta lima minit pun sudah rasa rindu. Nak kata dari awal gaduh pun tak. Sekarang semuanya normal, hubungan masih sama.

Dalam pada itu, Syada mendedahkan dia sudah lebih setahun tidak bertemu sejak hari perkahwinan kakaknya pada Ogos tahun lalu selain belum berkesempatan bertemu anak buahnya yang baru iaitu Rhea Akira.

Terdahulu, hubungan adik beradik antara kedua-dua penyanyi itu didakwa berantakan setelah mereka terjebak dalam isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ezlynn beri kebenaran suami kali ketiga
4 months ago

"Saya Memang Beri Keizinan" - Suami Ezlynn Nak Kahwin Kali Ketiga, Minat Wanita Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...