Kami Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – Ayda Jebat

Hiburan

Kami Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – Ayda Jebat

Nampaknya impian para peminat untuk melihat Ayda Jebat dan Zul Ariffin benar-benar cinta tidak akan kesampaian. Walaupun menunjukkan aksi mesra ketika sebuah majlis anjuran Proton, kemesraan tersebut adalah hanya kerana permintaan peminat mereka. Iyerlah, kalau peminat dah suruh buat aksi macam dalam drama, takkan tak buat kan? Kalau tak buat nanti keluarlah gosip artis sombong, tak mesra peminat, tak hargai sokongan dan sebagainya. Tak gitu?

ayda jebat dan zul ariffin

Advertisement

Apa pun Abang Nara pasti para peminat yang sanggup berpanas untuk bertemu Ayda dan Zul akan berpuas hati kerana dapat menatap wajah pelakon drama Rindu Awak 200% ini secara ‘live’. Kata Ayda:-

Saya dan Zul tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami tampak mesra sebegitu hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang datang dan sanggup berpanas kerana mahu berjumpa kami.

Drama itu sudah sebulan berakhir, tapi saya tidak sangka penangannya masih dirasai. Saya terharu melihat mereka sanggup beratur panjang di bawah bahang matahari semata-mata mahu bergambar dengan kami.

Dan ‘pose’ yang kami buat pada hari itu hanya kerana Zill Faezrul dan Armel Aisya. Bukan kerana saya dan Zul mempunyai hubungan istimewa.

Saya akui ada peminat yang mahu kami menjadi kekasih, tapi bukan semua permintaan mereka dapat ditunaikan. Bagi yang mengkritik saya kerana gambar itu, atau tampak terlalu mesra, saya minta maaf.

Seperti saya katakan tadi, ia hanya sekadar memenuhi permintaan peminat sahaja.

ayda jebat

Jadi sekiranya anda salah seorang peminat yang mahukan Ayda dan Zul bercinta, bolehlah berhenti berharap buat seketika. Apa pun, Abang Nara cadangkan penerbit drama untuk terus menggabungkan mereka berdua dalam mana-mana drama selepas ini. Gandingan Ayda dan Zul ternyata mencipta kehangatan. Kalau ada drama mereka berdua berlakon bersama sekali lagi, pasti meletup. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Sinar Harian.

P.S: Bontot pengecasan USB yang amat comel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...