Melalui laporan Berita Harian, baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) memaklumkan iklan kosong tidak mendapat sambutan bagi mengambil pekerja tempatan menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Mohon kerajaan benarkan ambil pekerja Rohingya
Susulan tidak mendapat sambutan, Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan berkata pihak mereka tidak mempunyai pilih lain selain mengharap kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di restoran mamak.
Bahkan, Datuk Jawahir memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengambil etnik Rohingya sebagai pekerja di dalam negara ini, asalkan segala dokumen teratur serta dibenarkan kerajaan untuk bekerja.
Sedia beri gaji minimum, tak dapat sambutan daripada pekerja tempatan
Berhubung gaji minimum itu, PRESMA bukan saja memastikan ia dipatuhi, malah ahli kami memberi nilai tambah seperti menyediakan makanan percuma, selain ada yang menyediakan kemudahan asrama yang selesa untuk pekerja masing-masing.
Dalam pada masa yang sama, Datuk Jawahir turut mengakui kebanyakan pekerja tempatan tidak biasa dengan sektor restoran, jadi mungkin susah untuk mereka menyesuaikan diri serta memastikan kualiti makanan serta minuman yang disediakan.
Disebabkan itu, Presiden PRESMA itu berharap agar Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sedia membantu pemilik restoran mendapat pekerja tempatan untuk berkhidmat dalam bidang tersebut.