“Kami Sedang Kumpul Semua Saksi..” – Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Telah Lantik Peguam Bagi Membela Nasib Mangsa

Trending

“Kami Sedang Kumpul Semua Saksi..” – Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Telah Lantik Peguam Bagi Membela Nasib Mangsa

Terkini, keluarga pelajar maut dilanggar di sekitar Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, Muhammad Zaharif Affendi,17, telah melantik firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) untuk membela anak bongsu mereka pada hari Ahad.

Menurut peguam yang bakal bertanggungjawab, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, dia dan yang lain akan memastikan siasatan tersebut dibuat secara saksama dan mengenal pasti tindakan yang perlu diambil terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Setakat ini kami masih sedang mengumpul segala bukti-bukti yang ada termasuk melihat semula video-video yang dihadapkan kepada kami. Kami juga mengumpul setiap saksi yang berada di tempat kejadian.

InsyaAllah dalam dua atau tiga hari kedepan kami akan dapat kumpul semua bukti dan akan serahkan kepada pihak polis untuk bantu dalam siasatan mereka dan tuntuan kami terhadap kes berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri turut berkata ketika dihubungi sumber, beberapa saksi telah tampil bagi membantu kes siasatan yang mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

polis
1 year ago

"Dia Menolak Badan Saya Berkali-Kali.." - Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...