“Kami Sebenarnya…” – Makan Sampai RM1K Tapi Bayar Tak Sampai Separuh, Anak Tampil Buat Penjelasan

Kehidupan

“Kami Sebenarnya…” – Makan Sampai RM1K Tapi Bayar Tak Sampai Separuh, Anak Tampil Buat Penjelasan

Sebuah restoran makanan laut di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin ada mendakwa sebuah keluarga yang dikatakan bertindak meninggalkan premis selepas enggan membayar bil penuh.

Dalam beberapa hantaran di Facebook, pihak restoran mendakwa keluarga tersbeut hanya membayar RM400 dari jumlah bil yang bernilai RM1,102.20 gara-gara harganya yang dikatakan terlalu mahal.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Tulis pihak restoran itu, tiada alasan untuk keluarga berkenaan untuk tidak membayar sedangkan mereka tahu apa menu yang dipesan sebelum makan selain berharap agar dilunaskan segera baki hutang makanan.

Difahamkan, keluarga tersebut memesan hidangan seperti lobster king, sotong goreng, ketam dua set dan dua masakan, ikan kerapu taiseng, nasi putih, jus tembikai, buah kelapa dan teh tarik.

FacebookSumber : Facebook  

Mereka juga difahamkan sudah membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Sementara itu, seorang daripada ahli keluarga terbabit, tampil memberi penjelasan di mana mereka tidak melarikan diri sebaliknya juruwang restoran tersebut telah mencadangkan untuk bayar 50-50 (separuh) bagi menyelesaikan masalah itu.

FacebookSumber : Facebook  

Kemudian juruwang datang dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah dengan restoran membayar separuh dan kami membayar RM500. Sebelum keluar, juruwang tersebut memulangkan semula RM100 kepada kami..

….dan beritahu kejadian ini sering berlaku dan ramai pelanggan terkena kerana tidak diterangkan dengan jelas mengenai harga oleh pelayan yang sama.

“Kami kemudian berterima kasih kepada juruwang itu dan menjangkakan isu itu sudah selesai. Kami tidak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat bayaran. Sebagai bukti di resit juga dicetak bayaran sudah dijelaskan,” jelasnya individu itu lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pam zakar
8 months ago

"Tenat Perangai Mak Pak G*la Viral" - Anak Kecil Main Pam Zakar Di Rumah, 'Parents' Dikecam Siap Rakam Tayang Di Medsos

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...