Baru-baru ini, tular video di platform TikTok memaparkan seorang lelaki yang terpaksa mendengar khabar menyedihkan selepas selamat pulang daripada menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Detik sedih itu dikongsikan oleh anaknya sendiri, di mana kelihatan si bapa memandang keliling mencari kelibat si isteri dan sejurusnya, anak perempuan mengusap dada si bapa sambil berbisik bahawa ibu kesayangan mereka sudah dijemput ilahi sejak 14 hari lalu sewaktu lelaki itu berada di Mekah.
Kata si anak, mereka tidak sampai hati memberitahu lebih awal kerana bimbang kesihatan si bapa terganggu ketika mahu mengerjakan ibadah di Tanah Suci.
Difahamkan, sepatutnya si isteri juga mengikut suaminya menunaikan ibadah di Tanah Suci tetapi disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, anak bongsu telah menggantikan tempat ibunya.
Ceritanya lagi, pada awal si isteri ada membuat panggilan video meminta suaminya membeli telekung tetapi setelah pemergiaan wanita tersebut, anak bongsu terpaksa merahsiakan kepada bapa dengan memberi alasan ‘ibu sihat saja di rumah’ setiap kali ayah bertanya tentang isteri.