Pelakon, Amar Baharin dan pendaki Gunung Everest, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin bakal berbasikal dari Kuala Lumpur ke Makkah tahun depan.
Memetik dari BH Online, Menurut Amar, idea ini timbul selepas dia dan Muhammad Muqharabbin sering melakukan rutin berbasikal hingga 200 kilometer (KM) seminggu.
Setiap minggu kami berkayuh 100 hingga 200 kilometer jadi tidak mustahil boleh berkayuh ke Tanah Haram. Kami memang nak berkayuh berdua, tapi tarikh misi bermula kena tunggu sehingga penggambaran drama saya selesai.
Kalau boleh kami ingin tunaikan Haji tapi rasanya tak sempat atas faktor masa. Perjalanan ke sana sekitar tiga bulan. Kami mungkin sasarkan untuk tunaikan umrah sahaja.
Misi berbasikal ke Makkah itu mendapat maklum balas yang positif di media sosial.
Pelakon itu turut berkata pada awalnya isterinya, Amyra Rosli agak keberatan namun kemudiannya mula berlapang dada dan menerima misi ini.
Dia turut menambah dia tidak bimbang jika terpaksa menolak tawaran lakonan sepanjang tiga bulan pemergiannya kerana dia percaya akan rezeki dari Allah.
View this post on Instagram