Isteri kepada personaliti TV Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida tampil memberikan semangat buat suaminya susulan isu berkaitan penganjuran konsert 4U2C baru-baru ini.
Tulis Emylia di Instagram Story, dia memahami kesukaran untuk membuat kemunculan kumpulan nyanyian itu setelah 30 tahun dalam industri hiburan.
Orang tak tahu kami sahaja yang tahu macam mana susahnya, hanya nak buat konsert saja. Apa yang susah sangat sampai jadi isu.
30 tahun 4U2c buat comeback pun jadi isu, terus kuat b, saya sentiasa ada untuk awak.
Saya sentiasa ada bersama awak, saya faham apa yang awak rasa. Saya, Fea dan abang (anak) akan sentiasa menyokong awak.
Terdahulu, penganjuran konsert 4U2C menjadi kontroversi gara-gara komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap berkata mereka berdua tidak dimaklumkan mengenai konsert itu kerana memiliki hak sepenuhnya terhadap ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
Rabu lalu, kumpulan 4U2C tampil membuat satu sidang media dan memaklumkan konsert itu tetap akan diteruskan dan menggesa permohonan maaf daripada pihak-pihak berkaitan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.