Tular di media sosial baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Ben Ali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video mesra bersama aktres Nadiyah Shahab di media sosial.
Dalam video tersebut, mereka kelihatan menikmati masa bersama sambil berbalas senyuman penuh manis, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Walaupun tidak disertakan kapsyen panjang, momen mesra itu sudah cukup membuat ramai mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua mereka.
Malah, ramai yang turut menitipkan harapan agar hubungan mereka kekal harmoni dan diberkati.
“Semoga dipermudahkan urusan kalian,” komen seorang pengguna.
Sebelum ini, Ben Ali pernah melalui fasa rumah tangga yang mencabar bersama Nadiyah.
Malah, isterinya itu sebelum ini mengakui mereka berada dalam keadaan bergolak namun tidak menjelaskan punca sebenar..
Namun, kini Ben dilihat semakin bahagia dan stabil, apatah lagi dengan kehadiran Nadiyah yang sering kelihatan bersamanya dalam pelbagai hantaran media sosial.
Setakat ini, kedua-dua mereka belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status hubungan sebenar, namun peminat tetap menyokong dan berharap agar terus selamanya seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.