Sedia maklum, kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang mahu menghantar bantuan buat saudara Islam di Gaza bakal tiba di kawasan merah (red zone) dalam tempoh 48 jam.
Hazwani Helmi tinggalkan voice note
Perkara tersebut sememangnya memberi debaran hebat buat semua pihak, lagi-lagi terdapat beberapa wakil daripada Malaysia turut menyertai misi kemanusiaan itu.
Melalui platform Threads milik aktivis, Hazwani Helmi, dia ada meninggalkan satu voice note yang sememangnya telah membuat ramai berasa sebak.
Saya harap ini bukan voice note terakhir daripada saya Inshallah.. kami dah melepasi yellow zone. Cumanya nak minta doa kepada semua sangat-sangat. Bila kita buat benda ni, satu-satu ujian makin datang tapi Alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal.
“Kami reda, minta maaf awal-awal..”
Dalam pada masa yang sama, Hazwani turut berkata wakil-wakil yang menyertai misi tersebut telah reda dengan segala situasi serta memohon maaf awal-awal sekiranya ada melakukan kesalahan.
Kami pun dah reda dan kami nak minta maaf awal-awal sekiranya ada salah dan silap. Halalkan segalanya, terus mendoakan terima kasih.