“Kami Rasa Cara Arwah Hilang Seperti Tidak Logik” – KP Kelantan Maklum Ibu Bapa Hud Aryan Disiasat, Mungkin Ada Unsur Kecuaian

Berita

“Kami Rasa Cara Arwah Hilang Seperti Tidak Logik” – KP Kelantan Maklum Ibu Bapa Hud Aryan Disiasat, Mungkin Ada Unsur Kecuaian

Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang berusia 19 bulan, yang ditemui meninggal dunia terperangkap pada pokok di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, Tanah Merah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dilakukan kerana pihaknya mendapati kehilangan kanak-kanak lelaki tersebut agak mencurigakan, memetik Sinar Harian.

Advertisement

Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk menyiasat ibu bapa, ahli keluarga, serta penduduk setempat.

Walaupun hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan dan ia dikategorikan sebagai mati mengejut, namun berdasarkan perkongsian orang ramai di TikTok, kami rasa cara kanak-kanak ini hilang agak tidak masuk akal.

Dalam tempoh lima minit, dia boleh hilang begitu sahaja. Jarak rumah neneknya dengan anak sungai adalah 50 meter.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa anggota operasi dan penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemui jasad Hud Aryan dalam keadaan terbujur kaku.

Mayat anak tunggal pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai, tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, pada jam 4.15 petang.

Hud Aryan dilaporkan hilang pada waktu Maghrib semasa berada di rumah neneknya pada Isnin lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Suami jahidah dibenarkan bebas
2 days ago

Mahkamah Izin Suami Jahidah Tangguh Penjara 10 Tahun, Perlu Lapor Diri Di Balai Polis Setiap Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...