“Kami Rakyat Malaysia Ramai-Ramai Turun..” – Caprice Dipanggil Ke IPD, Netizen Sedia ‘Backup’ Demi Keadilan

Trending

“Kami Rakyat Malaysia Ramai-Ramai Turun..” – Caprice Dipanggil Ke IPD, Netizen Sedia ‘Backup’ Demi Keadilan

Terkini seorang penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice baru berkongsi kenyataan bahawa dirinya telah dipanggil oleh pihak polis berkenaan isu seorang pegawai kanan polis yang didakwa melanggar pelajar calon SPM baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Caprice berkata dia telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontijen Dang Wangi untuk memberi keterangan berkemungkinan soal hantarannya sebelum ini yang mengulas kes tersebut.

Advertisement

Saya dipanggil untuk pergi ke IPD Dang Wangi pada jam 2 petang ini tentang satu video yang viral dekat TikTok berkenaan mamat polis yang langgar budak sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

capSumber : Instagram  

Setelah memuat naik hantaran itu, rata-rata warganet turut risau dengan apa yang bakal Caprice lalui disana. Mereka juga mendoakan agar urusan itu dipermudahkan.

Tambahan pula, netizen turut menunjukkan tanda sokongan kepada penyanyi rap tersebut dan juga sedia menyokong Caprice sekiranya ada apa-apa yang berlaku berhubungan kes berkenaan.

Sebelum ini, Caprice memuat naik video memaparkan wajah seorang anggota polis yang didakwa berkait dengan kes kematian pelajar sekolah bernama Muhammad Zaharif.

polis
5 months ago

"Dia Menolak Badan Saya Berkali-Kali.." - Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...