“Kami Putus Hubungan Sejak Dia Kahwin Dengan Nora, Nedim Seorang Yang Baik” – Zarina Anjoulie

Hiburan

“Kami Putus Hubungan Sejak Dia Kahwin Dengan Nora, Nedim Seorang Yang Baik” – Zarina Anjoulie

Pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya mengirim mesej rindu kepada bekas suami Nora Danish, Nedim Nazri tempoh hari.

Ujar Zarina di satu hantaran Instagram Story, dia berkata hubungannya bersama Nedim hanyalah seperti adik beradik namun terputus setelah lelaki itu bergelar suami kepada Nora.

Advertisement

Kami dah berkawan sejak berumur 19 tahun, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik.

Tapi kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubunga bagi menghormati isterinya.

Menyifatkan Nedim sebagai lelaki yang baik dan setia, Zarina atau lebih mesra sebagai Anju itu berkata persahabatan mereka kembali bertaut setelah Nedim bercerai dengan Nora Danish.

Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih dari itu.

Nedim adalah seorang yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.

Kalau dia sayang satu perempuan, dia akan saya orang tu sahaja, dan saya dia sayangkan Nora dan saya pun hormati mereka.

Sekadar info, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 16 Jun lalu selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie i miss you kepada bosned
5 months ago

"I Miss You Boss Ned" - Zarina Anjoulie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...