“Kami Pun Warganegara Malaysia” Warga Myanmar Tuntut Hak Bantuan Kerajaan

Kehidupan

“Kami Pun Warganegara Malaysia” Warga Myanmar Tuntut Hak Bantuan Kerajaan

Mungkin ramai yang tidak tahu di Langkawi ada sebuah kawasan yang menempatkan penduduk warga Myanmar dan semua yang masuk secara haram bersembunyi di sini.

Kawasan itu dikenali sebagi Bukit Malut, Langkawi Kedah dan penduduk warga Myanmar ini telah menuntut agar mereka turut dilayan seperti rakyat Malaysia.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuntut hak keistimewaan yang rakyat Malaysia peroleh dari kerajaan seperti bantuan dan sebagainya.

This image has an empty alt attribute; its file name is 54358201_2415425928482148_486579310275067904_o-1000x472.jpg

Mereka turut mengaku bahawa penduduk di situ adalah rakayat Kedah asal yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa dibenarkan tinggal di situ sejak awal 80-an lagi.

Pihak Utusan Malaysia sebelum ini ada bertemu dengan seorang Imam Masjid Bukit Malut, Abdullah Mohd yang mengatakan kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara 19), ahli keluarga warga Myanmar itu wajar mendapat MyKad melalui proses naturalisasi. Tidak adil bagi penduduk di Bukit Malut dianaktirikan oleh kerajaan walaupun mereka telah lama mendapat kerakyatan. Kami pun rakyat Malaysia dan perlu mendapatkan kemudahan sama seperti masyarakat lain”. – Katanya.

Bagaimanapun penduduk di sini kesal apabila sebahagian rakyat di negara ini seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran mereka malah dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

This image has an empty alt attribute; its file name is image-2-1000x560.png

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Jamaluddin pula berharap agar kerajaan Malaysia dapat menyediakan penempatan baharu yang lebih selesa dan selamat.

Setakat ini ada lebih 1,000 buah rumah telah dibina merangkumi kawasan hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit yang melihatkan jumlah penduduk lebih 10,000. Bukit Malut juga digelar kawasan paling hitam di Langkawi kerana berlaku banyak jenayah dan penyeludupan warga asing di sana.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...