February 17th, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini nampaknya penuh dengan pelbagai kontroversi. Namun apa yang tidak boleh dinafikan ialah impak program ini kepada kumpulan Bocey. Daripada tidak dikenali, Bocey berjaya merangkul tempat ketiga di dalam pertandingan penuh hebat ini. Buat kumpulan yang pertama kali memasuki MLM, ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.

bocey maharaja lawak ketigaAda suara-suara yang menyatakan Bocey sepatutnya bergelar juara. Namun kerana mereka bukannya kumpulan yang lahir daripada produk Astro, gelaran juara gagal dimiliki. Ditanya mengenai persoalan ini, Bocey menjawab menerusi Pancaindera:-

Sejujurnya apa-apa pun keputusan tempoh hari adalah sesuatu yang tak dijangka. Kami tak pernah mempertikai keputusan juri dan undian ramai untuk Sepahtu. Kami pun dah cukup puas hati dengan kedudukan ketiga walaupun kami tak begitu popular berbanding Sepahtu dan Shiro. Kami pun tak sangka mampu sampai ke tahap itu.

Kami buat persembahan lawak dengan ikhlas dan lebih pentingkan persahabatan. Kami tak sasarkan pun sebab kami percaya kalau ada rezeki jadi juara maka sudah tentulah kami akan mendapat rezeki itu. Tapi keputusan menempatkan kami di kedudukan ketiga itu pun sudah bersyukur sebab bukan senang nak cakapi tahap itu.

bocey

Secara jujur, persembahan kumpulan Bocey setiap minggu memang menggeletek hati dan sentiasa “fresh”. Tiada lawak ulangan dan nampak seperti mereka banyak membuat “homework”. Apa pun, nombor tiga memang sangat sesuai dengan Bocey kerana ini kali pertama mereka menyertai pertandingan seumpama ini. Diharap Bocey terus bekerja keras, kekalkan sikap rajin dan merendah diri. Mana tahu MLM2014 nanti boleh jadi juara pulak. Siapa tahu kan?


Comments are closed.

Loading...