“Kami Pernah Berkahwin 10 Tahun, Tak Ada Sebab Nak Bermusuhan..” – Sambut ‘Birthday’ Bersama, Jovian Dan Nina Sering Berjumpa

Hiburan

“Kami Pernah Berkahwin 10 Tahun, Tak Ada Sebab Nak Bermusuhan..” – Sambut ‘Birthday’ Bersama, Jovian Dan Nina Sering Berjumpa

Terkini, pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie bersama bekas isteri, Nina Ismail Sabri terlihat masih dalam hubungan yang baik apabila diketahui hadir ke majlis makan malam bersama ahli keluarga yang lain.

Kata Jovian, dirinya dan Nina kekal matang dalam menjaga hubungan baik dan akui masih melakukan aktiviti keluarga bersama meskipun tidak lagi bergelar suami isteri. Seperti contoh, mereka baru meraikan hari kelahiran adik iparnya, Dafi beramai-ramai di sebuah restoran.

Advertisement

Walaupun kami sudah berpisah, kami tetap bahagia. Lagipula keluarga saya dan Nina memang sangat rapat.

Kami pernah berkahwin selama 10 tahu, tak ada sebab untuk kami saling membenci dan bermusuh, mungkin jodoh kami tak berpanjangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

Bukan itu sahaja, pereka fesyen terkenal ini turut menegaskan bahawa mereka berdua cuba untuk menjadi matang dan lakukan itu demi kebaikkan anak mereka. Tambahan pula, Jovian tidak mahu disebabkan perpisahan dengan Nina menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa kekok.

Terdahulu, Jovian dan Nina telah perpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga sejak Disember 2013.

Jovian Nina bercerai
1 year ago

Dah Bercerai Pun Boleh Kongsi Syampu Dan Akaun Netflix, Hubungan Baik Jovian Mandagie Dan Bekas Isteri Raih Pujian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...