“Kami Perlukan RM1Juta Untuk Langsai Bil Perubatan Ayah Di Amerika Syarikat” – Tasnim Radzi

Trending

“Kami Perlukan RM1Juta Untuk Langsai Bil Perubatan Ayah Di Amerika Syarikat” – Tasnim Radzi

Demi membantu ayahnya yang kini terlantar sakit, seorang wanita bernama Tasnim Radzi sedaya upaya cuba mencari dana secukupnya untuk menampung dan melunaskan bil perubatan ayahnya, Mohd Radzi Abd Hadi yang mengalami serangan jantung dan sedang dirawat di Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan pada ketika ini, mereka sekeluarga memerlukan bantuan kewangan yang bernilai USD 196,062.02 (RM800,000.00) untuk melangsaikan bil perubatan ayahnya.

Advertisement

“Ayah kena serangan jantung ketika bercuti bersama keluarga di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.”

“Ayah sesak nafas dan apabila di Hospital Dignity Health California, doktor memberitahu jantungnya terhenti seketika namun sempat diselamatkan dan koma selama tiga hari,” memetik kenyataannya di laman sesawang kutipan dana ‘go fund me’.

Dalam pada masa yang sama, Tasnim juga turut memuat naik catatan berkenaan di laman Facebook miliknya untuk memohon bantuan di laman sosial.

Jelasnya lagi, serangan jantung yang menimpa ayahnya berlaku pada 9 Disember lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Santa Monica ke Arizona.

Mengimbau kembali sebelum kejadian berlaku, mereka telah tiba di Lapangan Terbang Los Angeles pada 8 Disember lalu untuk berjumpa kakak dan suaminya yang juga seorang pelajar di Universiti, Arizona.

Sebelum ini doktor juga memutuskan untuk menggunakan kaedah therapeutic hypothermia dan selepas tiga hari koma, akhirnya ayah saya telah sedar selain ia digelar keajaiban oleh doktor yang merawatnya.

“Hal ini kerana, peluang untuk seseorang individu bangkit dari koma selepas mendapat serangan jantung terhenti adalah sangat rendah. Kini selepas lapan hari di hospital, ayah saya dibenarkan pulang.”

“Ayah sekarang sedang berehat di rumah kakak saya di Arizona. Namun saya dan keluarga sedang menanggung kos rawatan daripada pihak hospital sebanyak hampir RM1 juta. Saya harap bantuan selesaikan bil RM1 juta ayah.”

“Nilai ini tidak termasuk bil-bil daripada pihak doktor dan makmal yang berkaitan yang akan kami terima secara berasingan. Jumlah yang sangat di luar kemampuan kami,” ujarnya.

Penyanyi Yuna meluangkan masa melawat Radzi semasa di hospital. Sumber- www.gofundme.com

Katanya lagi, walaupun mereka mempunyai insurans perjalanan sedia ada yang berjumlah RM300,000, namun pihak insurans memaklumkan bahawa mereka perlu menjelaskan dahulu bayaran tersebut.

“Selepas itu dan barulah kami akan dibayar semula oleh pihak insurans,” katanya.

Pada anda yang ingin membantu meringankan beban beliau, boleh menghulurkan sumbangan ke akaun berikut :

Bank Islam 12122020088470 (Tasnim Binti Mohd Radzi)

Maybank 162487109218 (Abdul Rahimi Bin Abdul Rahman)

atau ke GoFundMe www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund

Ujarnya lagi, sehingga 24 Disember, mereka sudah mendapat sumbangan dari akaun Bank Islam RM1,300 (USD309), Maybank RM2,117 (USD504) dan Go Fund Me RM9,647.40 (USD2,297).

Ayahnya juga ketika ini dinasihatkan untuk berehat dan tidak dibenarkan ke mana-mana sehingga minggu pertama Januari kerana keadaannya yang masih lemah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh ke laman web www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund

Sumber : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...