Kami Percepatkan Tarikh Nikah Selepas Foto Kursus Kahwin Tersebar – Nas-T

Hiburan

Kami Percepatkan Tarikh Nikah Selepas Foto Kursus Kahwin Tersebar – Nas-T

Sekitar Jumaat minggu lepas, pelakon Nas-T dan Instafamous Atita Haris berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak media.  Namun, mereka nampaknya tidak boleh merahsiakan perkara itu terlalu lama lebih-lebih lagi selepas Nas-T menukar status di Facebooknya kepada sudah berkahwin.

Advertisement

Memohon maaf kerana tidak memberitahu tentang pernikahannya itu, semalam Nas-T dan Atita telah mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala persoalan.

Menurut Nas-T, mereka membuat keputusan untuk bernikah awal selepas foto beliau dan Atita hadir ke kursus kahwin mula tersebar di Internet.  Ketika itu, kedua-dua pihak keluarga kurang senang dengan isu berkenaan dan meminta agar perkahwinan mereka dipercepatkan bagi mengelak fitnah.

Pada awalnya kami rancang untuk bernikah pada 4 Mac depan tapi selepas foto-foto hari pertama kami ketika kursus kahwin tersebar di internet, keluarga kami desak agar dipercepatkan. Jadi, selepas dapat sahaja sijil kahwin, kami terus cari tarikh terdekat untuk bernikah.

Bercerita mengenai kisah percintaan mereka, Nas-T berkenalan dengan Atita selepas  setahun wanita itu bercerai dengan bekas suaminya. Menyulam kasih hanya selama enam bulan sahaja, mereka akhirnya membuat keputusan untuk bernikah. Buat Nas-T status ibu tunggal Atita bukanlah satu masalah baginya ataupun keluarga beliau.

Malah, ibu dan bapa Nas-T juga berkahwin selepas kedua-dua mereka mempunyai kehidupan berkeluarga dengan pasangan terdahulu.

Kami berkenalan setahun selepas Atita bercerai dengan bekas suaminya dan selepas enam bulan berkawan saya dapat rasakan dia adalah wanita yang paling sesuai sebagai isteri.

Dia mempunyai personaliti dan seorang ibu tunggal yang sangat muda. Saya kagum kegigihan dia menjaga anaknya dengan membahagi masa sebagai model dan ahli perniagaan.

Ibu dan bapa saya tidak ada masalah dengan status dan masa saya bawa Atita, mereka terus berkenan. Ibu-bapa saya juga bertemu dahulu selepas mereka berpisah dengan pasangan masing-masing.

Di pihak Atita pula, wanita ini berkata beliau sebelum ini tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula. Namun, kesungguhan serta keikhlasan hati Nas-T telah berjaya membuka hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki didalam hidupnya.

Mengetahui Nas-T mempunyai sejarah percintaan bersama seorang pelakon wanita lain, Atita tidak kisah dengan kisah silam suaminya itu dan percaya Nas-T kini sudah berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Alhamdulillah, saya tidak terfikir menerima kehadiran seorang lelaki dalam masa terdekat selepas bercerai setahun lalu, namun dia benar-benar menunjukkan kesungguhan untuk bersama saya.

Saya pernah juga dengar banyak cerita tentang perangai Nas-T sebelum ini, tapi saya yakin dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Nas-T dan Atita melangsungkan pernikahan pada jam 7.30 pagi  29 Januari lepas di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya. Majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada 4 Mac depan di Hotel One City.

Atita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama adik ipar Fynn Jamal iaitu Adam Hadzir pada tahun 2011 sebelum membuat keputusan untuk bercerai sekitar tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Sofia ataupun Opie yang kini berusia 4 tahun.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...