February 1st, 2011

rita rudaini

Semalam Abang Nara keluarkan cerita yang Rita Rudaini sudah berbaik dengan keluarga mertuanya. Tup tup ada orang bagitau yang cerita Abang Nara tue dah out to date. Dia suruh baca Harian Metro semalam. Lepas baca, Abang Nara dah keliru dan dah tak faham apa sebenarnya yang berlaku.

Rita kata cerita yang dikeluarkan semalam adalah dusta dan tidak tepat langsung.

[note]Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.  Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi. [/note]

Rita juga pelik dan hairan sebab Aidil tak menceritakan hal yang sebenarnya berlaku. Paling kejam, rupanya Aidil tidak datang melawat langsung anak mereka, Rayyan yang masuk hospital.

[note]Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak. Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya. [/note]

Dan nampaknya Rita memang sangat bengang dengan Aidil sebab dia hanya memaafkan apa yang berkaitan dengan mentuanya. Yang lain no forgiveness.

[note]Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan. [/note]

Dan untuk pengetahuan korang, Aidil pernah berkata yang dia dah menarik balik permohonan jaga anak mereka. Tapi rupanya itu pun tak betul jugak. Kesian gila jadi Rita nie.

[note]Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.  Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya. [/note]

Seriously, kesian sangat dekat Rita nie. Abang Nara doakan dia terus tabah menghadapi dugaan. Kepada Aidil, jalankanlah tanggungjawap seorang suami.

P.S: Abang Nara tengok kat ruangan komen korang kutuk, maki dan sumpah seranah komen-komen dari orang tertentu. Abang Nara mengamalkan sikap terbuka bab-bab komen nie. Tapi kalau boleh, janganlah mencarut. Kalau tak suka komen seseorang, tak payahlah baca. Boleh tak?


Comments are closed.

Loading...