Seperti tahun-tahun sebelumnya, detik-detik menjelang hari raya merupakan waktu yang sesuai untuk para penyanyi mengeluarkan lagu raya mereka sempena perayaan tersebut termasuklah kumpulan De Fam yang menerima pelbagai reaksi berhubung lagu Alamak Raya Lagi itu.
Ramai salah faham maksud
Menurut salah seorang ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil menjelaskan bahawa terdapat segelintir pihak yang telah salah faham erti sebenar perkataan ‘alamak’ hingga mengakibatkan ada yang mendakwa ia berunsurkan sesuatu yang negatif.
Ramai tak tahu, sebenarnya lagu ini dah siap setahun lalu dan kami mahu keluarkan pada tahun 2023. Tapi disebabkan beberapa masalah, kami terpaksa tangguhkan ke tahun ini.
Ada yang anggap perkataan ‘alamak’ itu untuk gambarkan suasana hari raya. Kami tak ada niat pun untuk mengatakan yang kami tak gembira untuk menyambut hari raya. Saya rasa ramai yang salah tafsir lagu itu.
View this post on Instagram
Terinspirasi dari Raya 2022
Bukan itu sahaja, penyanyi ini berkata lagu viral ini sebenarnya diilhamkan dari situasi sambutan hari raya dua tahun lalu yang mengejut. Oleh kerana itu, ada unsur-unsur yang dipetik dan dimasukkan dalam lagu tersebut menggambarkan kejadian yang lucu.
Lagu ini inspirasinya raya terkejut 2022 sebab tu nak keluarkan pada tahun 2023. Kalau tengok lirik tu semua jadi huru-hara, apa yang berlaku semasa raya terkejut tahun itu.
Ini adalah situasi di mana semua orang boleh kaitkan, memang indahnya raya tapi dalam masa yang sama ada momen hiccup. Alamak tak jadi itu, alamak tak jadi ini, contohnya begitu.
Kami hanya mahu semua orang enjoy lagu ini, jangan fikir terlalu mendalam.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Azira turut mengakui mereka terkejut dengan sambutan meriah yang diterima oleh lagu tersebut hingga tular ke luar negara. Katanya, target mereka kali ini adalah untuk meraih 20 juta penonton di YouTube.