“Kami Mohon Maaf & Akan Kembali Semula Pada Masa Akan Datang” – CEO Rayani Air

Trending

“Kami Mohon Maaf & Akan Kembali Semula Pada Masa Akan Datang” – CEO Rayani Air

ravi-rayani

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Penerbangan Rayani Air, Ravi Alagendran memohon maaf kepada penumpang-penumpang syarikat penerbangannya yang menghadapi kesulitan sejak beberapa minggu lalu.

Advertisement

Menerusi kenyataan hari ini, Ravi berkata, pihaknya amat berdukacita di atas kekurangan dan kelemahan perkhidmatan yang disediakan dan akan cuba untuk memperbaikinya sedikit masa lagi.

“Rayani Air sebuah syarikat penerbangan baru di negara ini. Banyak yang kami perlu perbaiki dan pelajari.

“Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami. Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi,” katanya.

Menurut portal FMT, Ravi turut mengucapkan penghargaan kepada orang ramai dan kakitangannya yang memberikan sokongan kepada syarikat penerbangan berkenaan.

Katanya, Rayani Air juga akan kembali pada masa akan datang dengan khidmat yang lebih cemerlang dan meminta orang ramai untuk menunggu kemunculannya.

Terdahalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan surat penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok.

Menurutnya, Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...