Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, kumpulan Zero telah tampil memohon maaf secara terbuka. Menurut Sharif, Atu dan Syaiful, mereka tidak pernah mempunyai niat untuk menimbulkan  kemarahan serta mempersendakan mana-mana pihak.
Kami tiada niat apa-apa, apatah lagi untuk mempermainkan budaya kaum Iban. Kami amat berharap dapat dimaafkan. Insya-Allah, perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi.
Atu juga berkata , selepas ini mereka akan lebih peka selain berhati-hati dengan setiap kandungan persembahan.
Kami akan jadikan ini sebagai pengajaran dan diharap untuk persembahan minggu-minggu akan datang tidak akan berlaku lagi perkara yang sama.
Harapnya dengan permohonan maaf ini, tiada lagi pihak yang mengkritik dan mengecam mereka. Memang isu ini agak sensitif tetapi mereka juga tiada niat untuk mempersendakan kaum Iban. Berikan mereka peluang sekali lagi untuk memperbaiki kelemahan mereka dan lebih peka dengan lawak yang dilakukan.