“Kami Merasakan Diri Kami Dah Tampan..” – Kumpulan Masdo ‘Tenang’ Dilabel Muka Tak Mandi

Hiburan

“Kami Merasakan Diri Kami Dah Tampan..” – Kumpulan Masdo ‘Tenang’ Dilabel Muka Tak Mandi

Kugiran Masdo tampil memberi penjelasan gara-gara dikecam kerana nampak seperti tidak bersiap dalam poster Konsert Round Festival 2024, baru-baru ini.

Menurut Putu Ceri, gambar dalam poster tersebut dirakam ketika mereka setelah seharian mereka bekerja di set set penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

Advertisement

Menafikan bahawa mereka sering tidak mandi, wajah yang terakam itu adalah tanda kepenatan setelah bekerja dan ‘disidai’ lama.

Gambar dalam poster itu dirakam sewaktu kami habis menjalani penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

Proses menjalani penggambaran mengambil masa seharian, memang barai dan disidai semua. Kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto ini yang diambil dalam aplikasi Google.

Ujar Asmawi pula, mereka sangat berterima kasih dengan peminat yang prihatin dengan penampilan Masdo sekaligus membuka ruang untuk mereka berubah.

Terima kasih juga buat yang menegur, kalau tidak kami tak perasan pun sebab merasakan diri sudah tampan.

Mungkin kami boleh mengambil jururias kerana sangat santai. Macam Ali, dia sudah mula gunakan produk.

Sekadar info, kugiran Masdo bakal muncul dalam konsert sambutan ambang merdeka bersama Spider dan Ella di Spice Arena pada 30 Ogos ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie i miss you kepada bosned
3 months ago

"I Miss You Boss Ned" - Zarina Anjoulie

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...