Hazmeer Hassan atau mesra dikenali sebagai Chot tampil menafikan dakwaan bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah yang berkata punca penceraian mereka disebabkan oleh orang ketiga.
Chot turut berkata sudah memberitahu bekas isteri mengenai hubungan dengan isteri barunya, Zurina Badron yang juga merupakan kakak kepada penyanyi popular sewaktu masih bersama lagi.
Apa yang bekas isteri cakap tentang punca orang ketiga membuatkan dia tak bahagia, tapi kami memang sudah tidak bahagia pun.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Chot tidak menafikan seandainya tindakan bekas isteri membuat kecoh ini disebabkan hasutan daripada pihak lain.
Tambahannya lagi, mengenai nafkah, dia sama sekali tidak pernah lupa untuk memberi kepada Azzah dan merasakan perbuatan wanita tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kerjayanya.
Sekadar info, Azzah mendedahkan pelawak terbabit telah menjalinkan hubungan dengan kakak kepada penyanyi terkenal dan itu merupakan punca utama dia serta suami berpisah.