Baru-baru ini, terdapat seorang wanita di Facebook membuat satu pengakuan ‘gelap’ mengenai dirinya selepas berpisah dengan bekas suami sejak enam bulan yang lalu.
Menurut wanita berkenaan, bekas suaminya masih tetap meminta dia untuk melakukan hubungan seks biarpun status mereka bukan lagi merupakan suami isteri.
Dalam pada itu, dia berkata seandainnya menolak permintaan bekas suami, dia akan menerima tuduhan mengatakan membuat hubungan intim dengan lelaki lain biarpun hakikatnya tidak berbuat sedemikian.
Turut mengakui, dirinya masih tinggal sebumbung dengan bekas suami kerana tidak mampu untuk tinggal di rumah sendiri dan tidak mampu untuk keluar bekerja akibat mempunyai masalah kesihatan.
Bekas suami selalu cakap pada saya, kalau tak mampu nak kerja untuk menyewa rumah lain, dia suruh saya jadi pelacur.
Tambahannya lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk keluar dari rumah bekas suami, namun anak-anak akan menangis mencari dan dirinya pernah cuba melarikan diri ke rumah adik tetapi bekas suami minta untuk pulang ke rumah itu semula.
Perkongsiaan berkenaan mendapat perhatian ramai dimana rata-ratanya menasihati wanita itu untuk cari pihak yang boleh membantunya kerana tidak mahu perkara yang patut terjadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.