Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kami Masih Suami Isteri Dan Bahagia Seperti Dulu – Datuk Seri Vida Jelas Gosip Rumah Tangga Bergolak

Baru-baru ini, ada  khabar angin mengatakan rumah tangga kepada pengasas produk terkenal Qu Puteh, Datuk Seri Vida dan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin sedang bergolak. Gosip itu timbul selepas Fairuz jarang sekali berada di sisi Vida  didalam mana-mana acara sejak beberapa bulan ini.

Tidak mahu orang ramai terus membuat andaian mereka sendiri, Vida menerusi portal mStar Online menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan beliau dan suami masih lagi bahagia seperti dulu. Vida akui mungkin isu rumah tangganya itu berbangkit kerana suaminya sibuk dengan kerjayanya sebagai ejen insuran.

Advertisement

Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.

Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia. Kadang kala dia akan jumpa klien kalau saya ada program di Kuala Lumpur.

Umum mengetahui Vida cukup aktif di media sosial terutama sekali di Instagram. Ada yang bertanya mengapa suaminya itu jarang berada didalam foto mahupun video yang dimuat naik oleh Vida di Instagram?

Advertisement

Ini penjelasan Vida :-

Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia tak selalu ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat.

Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil. Jika kebetulan saya rakam video suami ada pada waktu itu, dia pun akan beri kerjasama. Suami saya memang tahu saya suka selfie dan rakam video untuk tatapan peminat.

Daripada penjelasan Datuk Seri Vida, nampaknya suaminya itu seorang lelaki yang merendah diri dan enggan menumpang hasil isterinya. Biasalah, kerjaya sebagai ejen insuran ini memang sibuk dan tidak menentu masa.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top