Pelakon Niezam Zaidi memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai status hubungannya dengan aktres Fify Azmi, meskipun kisah mereka sering menjadi perhatian netizen.
Menurut Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, orang luar terlalu cepat membuat spekulasi sedangkan hubungan mereka sebenarnya baik-baik sahaja.
View this post on Instagram
Katanya kepada mStar,
Netizen saja yang kecoh, kami okey saja. Bagi saya tak perlu pun nak jelaskan apa-apa. Bila saya cakap kami partner, maksudnya partner sahajalah.
Ditanya mengenai hala tuju hubungan, Niezam tidak menolak setiap pasangan pastinya mahukan pengakhiran yang baik, iaitu menuju ke perkahwinan. Namun buat masa ini, mereka hanya mengikut aliran keadaan.
Jelasnya,
Tak ada siapa bercinta untuk putus. Semua orang nak bahagia sampai ke jinjang pelamin. Perancangan itu ada, semoga dipermudahkan.
Terdahulu, pada Jun lalu, Fify mengesahkan hubungan cintanya dengan Niezam telah berakhir. Namun, timbul semula spekulasi selepas tular video segmen Korek Kereta Suria FM yang memaparkan gambar Fify bertudung dijadikan wallpaper telefon bimbit Niezam.
Selain itu, pasangan ini juga pernah dilihat bermain pickleball bersama, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa hubungan mereka mungkin kembali terjalin.